Isikan nama dan email anda untuk info produk dan harga tag label. E-book akan di hantar terus ke email anda.

Name
Email

Email Marketing by TrafficWave.net

Membuat Tag Label Dengan Jenama Anda 

Kepada anda yang bergiat di dalam bidang fesyen pakaian, tukang jahit, tailor atau anda yang sedang menjalankan sebarang perniagaan berkaitan pakaian, seperti membuat baju, seluar, tudung, baju, shawl, jubah, kurta, jaket, blazer, topi, scarf, gaun, langsir, sarung bantal, dan semua yang berkaitan dengan pakaian.

Kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan membuat tag dan label untuk semua produk anda dengan harga yang murah dan berpatutan, dan tanpa minimum order (untuk label jenis printed sahaja). Anda boleh design logo sendiri yang ingin dicetak pada label tersebut dan serahkan kepada kami untuk menghasilkan label dan tag yang diinginkan. Kami boleh membekalkan tag dan label pakaian ini dalam kuantiti yang sedikit, atau banyak, bergantung kepada permintaan anda.

Dengan meletakkan label dan tag nama pada produk anda, sudah tentu produk anda akan lebih dikenali, lebih meyakinkan pelanggan anda dan yang lebih penting menjadikan produk anda mempunyai nilai eksklusif di mata pelanggan anda.

Kenapa Anda Perlu Letak Jenama Sendiri?

1) Penjenamaan Produk (Branding

Pengenalan pembuat dan pereka cipta sesuatu produk adalah penting sebagai salah satu tarikan kepada pelanggan, secara tidak langsung dapat membina tapak perniagaan yang kukuh dan dikenali ramai di mata umum. Nama produk juga penting untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap sesuatu produk yang dihasilkan.

2) Medium Pengiklanan (Advertisement)

Dengan adanya logo brand anda sendiri yang dicetak pada produk anda, secara tidak langsung dapat membantu mengiklankan serta menaikkan nama brand anda di dalam pasaran. Ianya adalah satu strategi pemasaran produk paling efektif dan berkesan dengan adanya tag label jenama anda pada produk yang dihasilkan.

3) Nilai Eksklusif (Exclusive Value)

Sesuatu produk yang dipasarkan akan menjadi lebih bernilai  dengan adanya jenama sendiri pada produk tersebut. Lihat saja contoh produk terkenal seperti Levis, Prada, Nike, Adidas, Esprit dan banyak lagi. Cuba bayangkan jika tiada sebarang tag label pada brand tersebut!


Printed Label / Label Cetak

Label ini dibuat dan dicetak dengan menggunakan teknik cetakan heat press di mana hasil cetakan pada material satin atau polyester adalah kekal, tidak luntur, kemas dan tahan lama.

Label jenis printed ini sesuai untuk anda yang baru ingin menjenamakan produk secara kecil-kecilan atau berskala besar. Tiada had order, tanpa minimum order.. Logo atau ‘artwork‘ juga boleh disediakan oleh anda tanpa sebarang kos tambahan. Kami juga menyediakan khidmat rekabentuk logo, corak, kandungan dan maklumat yang ingin diletakkan pada label yang  di minta oleh pelanggan dengan kos yang sangat rendah.


Metal Tag Label / Zinc Alloy

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Metal tag label ini diperbuat daripada jenis besi alloy yang tahan lama dan tidak berkarat. Standard size 1 x 3 cm dan tebal 1mm. Terdapat pelbagai warna yang boleh dipilih. Gold, Misty Gold, Silver, Brass, Copper, Nikel dan banyak lagi. Sesuai dijahit pada semua jenis fabrik seperti tudung, shawl, dan lain-lain.


Tag Label Arcylic/Plastic

Tag label tudung diperbuat daripada material jenis plastik atau acrylic dengan design terkini dan terbaru dengan harga yang murah. Sesuai untuk memberi kelainan kepada produk tudung anda kepada gaya yang lebih eksklusif. Terdapat pelbagai warna dan bentuk yang boleh dipilih.


Plastic Bag Jenama Sendiri

Plastik bag ini ada beberapa jenis seperti die cut, soft loop, self-adhesive dan terdapat dalam pelbagai size. Single color and single side printing, double side printing. Harga berbeza mengikut size dan jenis bag plastik.


Hang Tag Clothes (Price Tag)

Membuat pelbagai size ‘hang tag’ untuk pakaian dengan logo dan jenama anda sendiri dengan harga yang murah. Kualiti kertas tebal, menggunakan material kertas 300gsm dengan ketebalan 0.4mm, material terbaik dan sesuai digunakan sebagai ‘hang-tag’.


3D PVC Soft Rubber Tag Label

Membuat tag label pakaian anda secara 3D dengan pelbagai warna dan berkualiti tinggi. Diperbuat daripada material seperti getah, silikon, label dan patch PVC. Label ini sangat lembut untuk disentuh, dan boleh didapati dalam pelbagai warna terang, putih, hitam, atau lutsinar. Label 3D bergetah lembut ini adalah sempurna untuk menyatakan pengenalan jenama produk pakaian atau aksesori. Tag label getah 3D ini biasanya dijahit pada bahagian luar pakaian sukan, beg dan peralatan luar. Label getah 3D ini boleh dibuat dengan pelbagai warna, bentuk, dan logo timbul.


PU (Polyurethane) Leather

Membuat tag label kulit yang eksklusif. Diperbuat daripada material PU Leather (polyurethane) yang berkualiti tinggi. Label ini sangat lembut untuk disentuh, dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna. Label PU Leather ini selalu didapati pada fabrik jeans untuk  pengenalan jenama produk pakaian atau aksesori. Tag label PU leather ini biasanya dijahit pada bahagian luar pakaian sukan, beg, jeans dan peralatan luar. Label PU leather ini terdapat dalam beberapa warna , bentuk, dan teknik pembuatan embossed.


~ Untuk info pantas berkenaan perkhidmatan ini, sila hubungi segera di talian 011-2880 2694 atau klik terus di bawah ~


Isikan nama dan email anda untuk dapatkan info produk dan maklumat harga tag label pakaian. Info ini akan di hantar terus ke email anda.

Name
Email

Email Marketing by TrafficWave.net

 Customer Feedback

Sebahagian feedback daripada customer yang telah membuat tag label dengan kami. Semoga semua kami berpuas hati dengan tag label yang telah dihasilkan dan semoga perniagaan anda lebih maju, laris dan terkenal dengan adanya tag label dengan jenama anda sendiri.


Need Info? Contact Now !